Hari tak jadi, nak serbu sindiket tipu pelaburan tapi dapat tokan dadah

Masa Membaca:56 Saat

KOTA LAKSAMANA 29 Jan – Sembilan tokan dadah yang leka berpesta meraikan sambutan hari dicekup polis dalam satu serbuan yang sepatutnya menyasarkan sindiket penipuan pelaburan di sebuah apartment di Taman Kota Laksamana, di sini.

Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 25 tahun termasuk seorang wanita berada dalam keadaan khayal ketika ditahan dalam serbuan kira-kira jam 3 petang, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, serbuan itu pada awalnya dibuat untuk menumpaskan sindiket penipuan pelaburan.

“Bagaimanapun pemeriksaan polis di lokasi tidak menjumpai sebarang petunjuk berkaitan kegiatan sindiket, sebaliknya menemukan tiga plastik lutsinar dipercayai dadah jenis ketamin seberat 55 gram.

“Sepatutnya serbuan untuk mematahkan sindiket penipuan pelaburan, namun apabila tiba di premis tersebut pasukan kita menjumpai dadah disyaki ketamin yang disorok di bawah katil di sebuah bilik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, semua suspek berada di rumah tersebut untuk meraikan hari jadi salah seorang suspek dan saringan ujian air kencing mendapati kesemua mereka didapati positif dadah jenis ketamin.

“Kesemua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Views:

1496
Kongsi :
Previous post COVID-19: 9,912 pekerja asing di Melaka masih belum disaring
Next post MCMC proaktif bagi menyelesaikan masalah capaian Internet rakyat di seluruh negara
Ubah saiz-+=