Sorting by

×

Hari pertama PKPB, dah kena patah balik

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

ALOR GAJAH 10 Nov. – Tidak sampai 24 jam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini, sebanyak 87 kenderaan diarah berpatah balik berikutan tidak mengemukakan alasan munasabah untuk merentas negeri.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Sharul Laili Masduki berkata, pada hari pertama perlaksanaan PKPB di Melaka sebanyak lapan sekatan jalan raya (SJR) dijalankan bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam tadi di Daerah Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

SHARUL Laili

Katanya, pada hari pertama PKPB dilaksanakan di negeri ini, sebanyak 12,150 kenderaan diperiksa dan 87 daripadanya diarahkan berpatah balik kerana gagal mengemukakan alasan munasabah dan surat kebenaran merentas negeri.

“Antara alasan yang dikemukakan, kita ambil contoh mudah apabila mereka mengatakan mahu membeli barangan di Tangkak, Johor namun, kita fikirkan ia boleh didapati di negeri ini.

“Ada juga antara mereka yang beri alasan yang tidak boleh diterima, seolah-olah mengadakan cerita serta tidak mengemukakan surat kebenaran merentas negeri dari PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjalankan tinjauan SJR di Plaza Tol Ayer Keroh, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu.

Sharul Laili berkata, seramai 144 pegawai dan anggota membabitkan PDRM, ATM dan RELA yang ditempatkan di lapan SJR termasuk di Plaza Tol Ayer Keroh; Plaza Tol Simpang Ampat; Plaza Tol Lipat Kajang; Cherana Putih; Kuala Linggi; Pulau Sebang; Kesang Pajak dan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Sungai Rambai.

Mengulas lanjut, pihaknya turut menempatkan seramai 1,236 pegawai dan anggota bagi tujuan tugas pemantauan di beberapa kawasan termasuk pasar raya, pusat riadah serta pusat tumpuan orang ramai.

“Kita turut mengadakan SJR secara ‘mobile’ dari masa ke semasa selama 24 jam bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai sekatan yang perlu dipatuhi sepanjang PKPB.

Views:

786
Kongsi :
Previous post Rupanya bau tahi ayam…
Next post PKPB: MPAG beri amaran keras kepada peniaga ingkar
Ubah saiz-+=