Hari Perbandaran Ke-21 MPAG disambut penuh kesyukuran

Masa Membaca:44 Saat

REMBIA 21 Jun – Sambutan Hari Perbandaran Ke-21 Majlis Perbandaran Alor Gajah disambut penuh kesyukuran menerusi Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang diadakan di Masjid Ar Rasyidin Kampung Jelatang, di sini, malam tadi.

Ia merupakan sebahagian pengisian kerohanian yang dirangka bersempena sambutan ulang tahun ke-21 pihak berkuasa tempatan itu pada 1 Mei lalu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Turut hadir, Yang di-Pertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim; Ketua WHIP MPAG Ghafar Ngah; Setiausaha MPAG Radzyma Mahat dan Setiausaha Japerun Rembia Mohd Radhi Hamdin.

Sambutan itu turut dihadiri lebih 200 jemaah terdiri daripada kepimpinan setempat, ketua-ketua jabatan dan kakitangan MPAG serta masyarakat sekitar.

Pada majlis itu, MPAG turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Masjid Ar Rasyidin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

65
Kongsi :
Previous post Temankan ke Tanah Suci jadi permintaan terakhir seorang ayah
Next post Pesara ‘Navy’ ternak lembu sado
Ubah saiz-+=