Hargailah ‘frontliners’ kita
DI saat kita semua berperang melawan pandemik COVID-19, peranan pasukan keselamatan yang bertugas di barisan hadapan sering disalah erti.
Pasukan keselamatan seolah-olah dimusuhi. Apa saja yang boleh dijadikan modal oleh netizen, akan ditularkan di media sosial.
Mat simpati dengan para petugas keselamatan. Mereka adalah benteng pertahanan negara yang memastikan SOP dan undang-undang dipatuhi oleh rakyat seperti kita.
Kita belum sampai ke peringkat punya kesedaran kendiri. Semuanya perlu diawasi. Padahal SOP yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama.
Tidak sepatutnya mereka dijadikan sasaran netizen hanya untuk memaparkan perkara yang buruk. Mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.
Mereka menjalankan tugas mengikut undang-undang dan bidang kuasa yang diberikan. Jika ada pun perilaku mereka yang melangkaui bidang tugas, ianya kes terpencil.
Mereka bukan ‘robot’ yang tidak punya hati dan perasaan. Jika kita masyarakat awam menghormati mereka, mereka juga akan menghormati mereka.
Selepas ini apabila melalui sekatan jalan raya atau berjumpa mereka melakukan rondaan, paling tidak, hadiahkan senyuman buat mereka. Jika mereka bertanya, jawablah dengan sopan.
Tunjuklah surat kebenaran (bagi yang ada) dengan baik. Jangan membentak. Tidak susah untuk kita menggembirakan mereka.
Usah biarkan moral mereka jatuh melakukan tugas yang mulia ini. Hargai dan santunilah mereka sebaik mungkin.
Dak Mat : Tabik ‘spring’ buat mereka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.