Harga udang tempatan stabil sepanjang enam bulan lepas

Masa Membaca:55 Saat

PUTRAJAYA, 8 Jun – Harga udang vannamei tempatan masih kekal stabil pada RM60 sekilogram sejak enam bulan lalu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.

“Ini adalah bukti yang menunjukkan permintaan domestik yang kukuh. Dengan pengenalan udang vannamei sejak sedekad lalu, harga udang telah menjadi lebih mampu milik merentasi (semua) peringkat pendapatan,” katanya pada perasmian “SHRIMP 2022: World Shrimp Trade Conference & Exhibition” di sini hari ini.

Menurut statistik Jabatan Perikanan dan Jabatan Perangkaan, jumlah pengeluaran udang di Malaysia mencecah 135,659 tan metrik pada 2020, yang mana 36 peratus daripadanya adalah daripada udang ternakan.

“Hampir 90 peratus daripada udang ternakan adalah jenis vannamei kaki putih yang kebanyakannya memasuki pasaran domestik,” katanya.

Ahmad berkata penggunaan udang perkapita meningkat daripada 2.33 kilogram pada 2004 kepada 3.91 kilogram pada 2012, menunjukkan pertumbuhan besar dalam penawaran dan permintaan dengan vannamei sebagai produk utama.

Sementara itu, beliau berkata eksport udang Malaysia meningkat sebanyak 23.6 peratus kepada 38,689 tan metrik pada 2021 daripada 29,819 tan metrik pada tahun sebelumnya. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1702
Kongsi :
Previous post Pameran LIMA kembali Mei tahun depan – Hishammuddin
Next post Jelajah Belanjawan 2023 untuk dengar pendapat pihak berkepentingan
Ubah saiz-+=