Harga telur ayam stabil di pasaran
PUTRAJAYA 26 Ogos – Harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan stabil dengan harga semasa bagi gred A adalah 44 sen, gred B (40 sen) dan gred C (36 sen).
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit telur ayam yang dijual dalam kuantiti 30 biji lebih menjimatkan berbanding dalam kuantiti 10 biji.
Ia adalah hasil pemantauan KPDNHEP melalui pelaksanaan OPS PASAR (telur ayam) sejak 2 Ogos melibatkan pemeriksaan terhadap 136 premis iaitu 41 premis pengeluar telur dan 95 premis pemborong.
“Berdasarkan syarikat yang diperiksa, anggaran pengeluaran telur ayam dalam sehari adalah sejumlah 34 juta dan ia mampu menampung keperluan harian rakyat dengan anggaran penggunaan berjumlah 34 juta biji sehari,” menurut kenyataan itu.
Kementerian itu berkata sejumlah 136 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan kepada pengeluar dan pemborong bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan peningkatan harga berlaku di peringkat peruncit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....