
Harga rumah di Melaka kekal terendah dalam negara
BANDA HILIR 3 Jun – Harga rumah di Melaka kekal terendah dalam negara, menurut data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, mengikut laporan berkenaan, purata harga rumah di Melaka ialah RM209,472, yang mana ia jauh lebih rendah berbanding peringkat nasional pada harga purata RM432,445.
Katanya, pencapaian itu antara lain dipengaruhi dipengaruhi oleh dasar perumahan kerajaan Negeri Melaka yang menetapkan setiap pembangunan perumahan melebihi lapan ekar, perlu membina sekurang kurangnya 50 peratus komponen Rumah Mampu Milik.
“Komponen tersebut mestilah merangkumi Rumah Kos Rendah pada harga RM42,000.00, Rumah Kos Sederhana Rendah (RM80,000.00 RM100,000.00) dan Rumah Mampu Milik (tidak melebihi RM180,000.00),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) di Dataran Pahlawan, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...