
Harga RON95, RON97 naik empat sen, diesel naik tiga sen – MOF
KUALA LUMPUR, 1 Jan – Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.84 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.
“Harga runcit diesel naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...