Harga petrol RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal
KUALA LUMPUR, 14 September – Harga runcit petrol RON97 akan turun lima sen daripada RM4.20 kepada RM4.15 seliter manakala RON95 dan diesel tidak berubah bermula esok hingga 21 Sept ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, RON95 dan diesel masing-masing akan kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua bahan api itu telah meningkat melebihi paras harga siling semasa.
Menurut kementerian, harga baharu itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA SERIUS PERKASA TVET
AYER KEROH 20 November - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka mengambil beberapa pendekatan...
TEATER FANTASI CAT CIT COT IMBAU SUASANA PANDEMIK COVID-19
AYER KEROH 20 November - Menggunakan Geran Sektor Kebudayaan (GSSK 2024) Sikunang Venture dengan kerjasama Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) bakal...
100 USAHAWAN MHH MERIAHKAN FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
SERKAM 20 November - Sebanyak 100 usahawan tempatan yang berpusat di Melaka Halal Hub (MHH) Serkam akan mengambil bahagian pada...
‘JADI EXCO KESIHATAN SATU CABARAN’
AYER KEROH 20 November - Tidak pernah berada dalam bidang kesihatan mahupun bergelar doktor bukan penghalang untuk seorang pemimpin menggalas...
MEDIA BANTU SEBARKAN FUNGSI, PERANAN APM
AYER KEROH 19 November - Peranan media menjadi platform penting dalam menyebarkan fungsi dan tugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)...
LEBIH 15,000 INDIVIDU BEKERJA SENDIRI DI MELAKA CARUM SKSPS
BANDA HILIR 19 November - Seramai 15,741 orang telah berdaftar dan mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi...