
Harga minyak meningkat menjelang mesyuarat OPEC+
NEW YORK 3 Jun – Harga minyak meningkat pada Selasa apabila peserta pasaran bertaruh melanjutkan pengurangan pengeluaran oleh pengeluar minyak utama, lapor agensi berita Xinhua.
Penghantaran West Texas Intermediate untuk Julai menokok sebanyak US$1.37 kepada US$36.81 setong di New York Mercantile Exchange. Ia adalah penutup tertinggi untuk kontrak bulan depan sejak 6 Mac, menurut Dow Jones Market Data.
Penanda aras global minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos melonjak sebanyak US$1.25 kepada US$39.57 setong di London ICE Futures Exchange.
Harga itu didorong laporan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum termasuk Moscow (OPEC +), sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran sekarang menjelang akhir Jun, dalam mesyuarat dijangka diadakan pada Khamis.
OPEC + bersetuju pada April untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari pada Mei dan Jun ekoran pandemik COVID-19.
Pemotongan tersebut bermakna pengeluaran berkurangan kepada 7.7 juta tong sehari dari Julai hingga akhir 2020.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...