
Harga minyak masak 5kg turun kepada RM31.50 mulai Sabtu ini
KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Harga minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) turun RM2 kepada RM31.50 berbanding RM33.50 bermula 8 Okt hingga 7 Nov ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang merekodkan penurunan.
Selain itu, katanya harga baharu minyak masak tulen kemasan botol tiga kg turun kepada RM19.90 daripada RM21.10; botol dua kg (RM13.50 daripada RM14.30); dan botol satu kg (RM7.10 daripada RM7.50).
“Diharapkan penetapan harga baharu ini berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau turut menyeru pengguna untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dengan melaporkan secara rasmi sebarang pelanggaran undang-undang melalui saluran disediakan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...