Sorting by

×

Harga emas dijangka naik

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KOTA LAKSAMANA, 24 Nov. – Peminat barangan kemas disarankan agar tidak menunggu terlalu lama untuk harga emas terus jatuh kerana ianya dijangka akan kembali naik seperti sebelum ini.

Walaupun, harga emas kini turun sehingga RM230 segram berbanding mencecah RM280 segram sebelum ini, situasti itu melihatkan peminat emas gemar berbelanja ketika harga pasaran tinggi.

Tinjauan Melaka Hari Ini ke beberapa kedai emas di sekitar Kampung Jawa dan Taman Lagenda mendapati kehadiran pelanggar tidak ‘galak’ seperti harga emas berada di paras RM260 hingga RM280 segram.

Menurut Presiden Persatuan Perniagaan Emas Melaka, Datuk Steven Siow berkata, harga emas dijangka akan naik kembali pada Mac tahun hadapan dan ianya tidak akan terus turun menjunam kerana ia bergantung kepada harga pasaran dunia.

“Kebiasaan apabila harga dikatakan turun ramai pembeli mengambil sikap untuk tunggu dahulu kerana beranggapan harga akan terus turun itu yang tidak berapa ramai membuat pembelian.

“Pada waktu ini harga emas dunia rendah tidak stabil dan secara tidak langsung ia memberi kesan kepada pengusaha emas, sekiranya ianya terus menurun sehingga bawah RM200 segram peniaga dan pengusaha akan terjejas,” katanya.

Sementara itu, bagi pengusaha kedai emas hanya ingin dikenali sebagai Lily berkata, harga jualan pada minggu diantara RM235 hingga RM240 dan ianya bergantung kepada kedai mengikut harga pasaran semasa.

“Untuk minggu ini harga jualan RM235 berbanding RM245 minggu lalu, ianya agak rendah dan boleh dikatakan agak ramai pelanggan yang datang.

“Rekaan yang amat popular dan digemari ramai sekarang adalah ‘biskut tawar’, ‘pulut dakap’ dan ‘boba’. Mana- mana pergi rekaan ini akan cepat habis dan perlu ditambah stok,” katanya.

Views:

1007
Kongsi :
Previous post Lori lebih muatan ditahan
Next post Dua beranak positif COVID-19
Ubah saiz-+=