Harga akhbar lama naik 60 kali ganda

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 24 Jan – Akhbar lama bertulisan jawi tahun 1980 naik hampir 60 kali ganda pada masa kini dan menjadi rebutan peminat barangan antik di negeri ini.

Mana tidaknya, akhbar yang dahulu berharga 35 sen senaskhah (tahun 1980 hingga 1985) kini berharga RM20.

Rata-rata akhbar yang berdakwat hitam putih masih lagi disimpan dan dijual peminatnya sebagai koleksi peribadi pencintanya.

Seorang peniaga, Normah Jaafar, 58, berkata, akhbar Utusan Melayu antara koleksi yang berjaya dikumpul sejak tahun 2000 bersama suaminya, Roslan Abu Hasan.

Katanya, walaupun berusia hampir setengah abad, akhbar itu tidak reput mahupun dimamah usia kerana dijaga dengan cukup rapi.

“Koleksi ini hasil bersama rakan-rakan yang lain mengumpul dan bertukar-tukar koleksi untuk dipamer dan dijual.

“Kita selalu menjual di sekitar Johor dengan pelbagai koleksi unik seperti bingkai iklan lama, kotak mancis pelbagai hotel serta pelbagai lagi.

“Seperti akhbar yang dikumpul ini ada peminatnya tersendiri dan kini memang ada sambutan dalam pelbagai ekspo yang kami sertai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

BUNDLE Ekspo di Elements Mall.

Akhbar berkenaan merupakan antara tarikan dalam Bundle Expo yang berlangsung di Pusat Beli Belah Elements Mall, 20 hingga 23 Jan lalu.

Selain akhbar lama, pelbagai koleksi barangan antik turut dijual pada pameran ekspo berkenaan.

Ekspo terbesar Asia Tenggara itu menampilkan 130 gerai jualan dan mendapat sambutan cukup hebat daripada orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

962
Kongsi :
Previous post Rangka tindakan sektor kewangan baharu akan kemudi cabaran, lengkapkan RMK12 – Tengku Zafrul
Next post Piala Asia: ‘Malaysian Tigress’ atasi Singapura 2-0
Ubah saiz-+=