Sorting by

×

Harap sumbangan dibalas senyuman

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

LENDU 7 April – Melihat keletah dan gelagat anak kecil yang ceria ketika memilih baju raya mendorong pihak pengurusan Archway Mapping Services Sdn Bhd untuk menjadikan program sumbangan baju raya sebagai aktiviti tahunan mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan Archway Mapping Services Mohd Ashraf Ahmad berkata, melihat keceriaan pada raut wajah kanak-kanak berkenaan memberikan kepuasan dan sudah cukup untuk membalas usaha kecil yang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, program setiap kali Ramadan itu umpama satu komitmen pihaknya dalam menceriakan anak-anak yatim dan asnaf di Negeri Melaka.

Photo1712386568
MOHD Ashraf.

Katanya, menerusi kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah program dimulakan pada 2022 itu diteruskan lagi Ramadan kali ini atas dasar mahu menceriakan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Setiap tahun kami sediakan peruntukan untuk beri sumbangan kepada 100 hingga 120 anak-anak, bagi lelaki mereka menerima set baju Melayu dan songkok, perempuan pula baju kurung, tudung serta kelengkapan lain. Setiap peserta juga diberikan duit raya untuk menceriakan lagi mereka ini.

“Bagi memastikan program ini memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak, peserta berbeza dipilih setiap tahun, jadi tidak berlaku orang sama terima sumbangan,” katanya ketika ditemui pada Program Jom Raya Bersama Pemuda, anjuran Pemuda Umno Bahagian Masjid Tanah bersama Archway Mapping Services Sdn Bhd di sebuah kedai menjual pakaian di Pekan Masjid Tanah, di sini, semalam.

Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Pemuda Umno Negeri Melaka Abdul Hakim Abdul Wahid yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri.

Photo1712385761

PENERIMA sumbangan, Nor Fadilah Othman, 39, membantu anaknya mencuba baju raya pada program berkenaan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mohd Ashraf berkata, selain Majid Tanah program sama turut dianjurkan di beberapa kawasan lain di Melaka termasuk Jasin.

“Diharapkan inisiatif dan usaha kecil kami ini dapat menceriakan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan. Tiada apa lebih menggembirakan kami melainkan dapat menceriakan anak-anak ini pada pada 1 Syawal nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

91
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: Jumlah kenderaan masuk ke Melaka dijangka naik 30 peratus
Next post Kupang, kerang dari perairan Melaka dihentikan jualan di pasaran
Ubah saiz-+=