Harap Hari Bertemu Rakyat diteruskan

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

JASIN 26 Julai – “Program ini perlu diteruskan kerana ia merupakan insiatif untuk rakyat dalam menyelesaikan permasalahan khususnya sudah berlarutan bagi tempoh yang lama,” itu kata Muhammad Naquiyuddin Abdul Razak.

Muhammad Naquiyuddin, 25, antara pengunjung yang hadir ke Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka Parlimen Jasin di Dewan Alamanda Jasin, di sini, semalam.

Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri ini dilihat memudahkan rakyat dalam mencari penyelesaian kerana menghimpunkan pelbagai agensi di satu tempat.

“Saya ke sini bagi menemani emak untuk mengutarakan masalah yang kami hadapi. Kami boleh rujuk terus kepada agensi dan Exco yang berkaitan.

“Ia memudahkan dan membantu penduduk kerana sekiranya masalah yang perlu diselesaikan itu membabitkan banyak agensi atau jabatan, semuanya ada dalam dewan ini pada hari ini,” katanya.

Terdahulu, Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka Parlimen Jasin disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan barisan Exco yang lain.

6129633783205445857

SAMSUDIN.

Sementara itu, bagi pesara Samsudin Abu Hashim, 62, berkata, pendekatan diambil Kerajaan Negeri ini bersifat ‘mesra rakyat’ kerana memudahkan usaha menyelesaikan sesuatu, malah tempoh tindakan juga menjadi lebih singkat.

“Saya mengambil peluang untuk hadir bagi mengetengahkan dan mencari penyelesaian berhubung pemasalahan bekalan air bersih ke kediaman saya dan juga laluan yang tidak berturap.

“Besar harapan kedatangan saya ke program ini akan menyelesaikan masalah yang dihadapi sekian lama. Pendekatan dibuat ini dilihat amat bagus kerana memudahkan untuk rakyat mengadu masalah dihadapi,” katanya yang tinggal di Kampung Kongsai, Ayer Merbau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

266
Kongsi :
Previous post Ab Rauf ziarah warga emas uzur di Kampung Baru On Lok
Next post MPHTJ naik taraf 12 kawasan lapang
Ubah saiz-+=