‘Harap-harap tak celakalah yang datang – Tok Mat
MASJID TANAH 5 Okt. – UMNO berharap situasi politik yang berlaku di Melaka sehingga mengakibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak mendatangkan musibah kepada parti dan negara.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, apa yang telah berlaku di Melaka semalam tidak sepatutnya berlaku dan diibaratkan seperti ‘nasi sudah menjadi bubur’.
“Macam saya katakan benda ini (PRN) tak patut berlaku, tapi dah nasi jadi bubur telan sahajalah. Ini tak patut jadi pada awalnya, jadi bersiap sedia sahajalah.
“Ini kehendak hati masing-masing inilah yang akan kita hadapi. Orang tua-tua kata, muafakat punca selamat, sengketa punca celaka.
“Sengketa kita inilah dia, harapkan tak celakalah yang datang, ini kata orang Negeri Sembilan,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata demikian selepas memberikan kata-kata semangat kepada pimpinan Badan Perhubungan UMNO Melaka di sini malam ini.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Turut hadir Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...
W.R.U.R JELMAKAN LEBIH 40 PENCAPAIAN UNTUK WARGA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penganjuran edisi pertama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
KUALA LINGGI 18 Januari - Masyarakat majmuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mendapat pelbagai limpahan manfaat menerusi...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA LENGKAP DALAM 6 BULAN
KUALA LINGGI 18 Januari - Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka akan lengkap dalam tempoh enam bulan, kata Ketua Menteri Datuk...
RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Rumah Kahwin berpotensi beri impak positif kepada ekonomi masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penubuhan Geng 04 atau 30 iaitu kumpulan sukarelawan bencana dan gotong-royong bakal memberi pendedahan kepada...