
“Harap COVID-19 kembali terkawal” – MTBC
AYER KEROH 1 Nov. – Kehilangan pengunjung akibat COVID-19 yang menyaksikan penurunan mendadak pelancong dunia dan tempatan ke Melaka meresahkan para pengusaha industri pelancongan.
Menurut Presiden Kelab Perniagaan Pelancongan Melaka (MTBC) Datuk Chew Chert Fong,
kebanyakan pengusaha kini merintih mengharapkan pandemik itu kembali terkawal, selepas kehadiran pelancong ke Melaka dianggarkan menurun sehingga 80 peratus.
“Sektor pelancongan mencatatkan penurunan kira-kira 80 peratus. Bermula Julai hingga September lalu kes COVID-19 merekodkan penurunan, namun kembali meningkat mendadak pada Oktober hingga menyebabkan pelancongan seluruh negara termasuk Melaka menerima impaknya.
“Saya harap dalam tempoh masa dua hingga tiga bulan ini COVID-19 dapat dikawal dan ekonomi Malaysia akan meningkat semula,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.
Pingat itu disampaikan Mohd Ali pada sesi keempat Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2020 di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI
TANJUNG BIDARA 12 April - Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu...
JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN
SUNGAI UDANG 12 April - Jumlah sisa pepejal di Melaka yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sepanjang Ramadan...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JAGUH SEPAK TAKRAW
JASIN 12 April - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) melakar kejayaan cemerlang apabila merangkul Anugerah Pasukan Terbaik bagi sukan sepak takraw...
ASAHAN SEJAHTERA, APLIKASI PINTAR PACU TRANSFORMASI DIGITAL ORANG KAMPUNG
ASAHAN 12 April - Pelbagai isu dan masalah membabitkan masyarakat setempat telah berjaya diselesaikan menerusi aplikasi Asahan Sejahtera yang dibangunkan...
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...