Harap adik ditemui segera, tidak tahan melihat emosi ibu ayah

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

MELAKA 10 Februari – Abang kepada anggota komando Lans Koperal Edrin Baintim, 25 yang hilang ketika menjalankan latihan selam di Pulau Undan Selasa lalu berharap adik bongsunya ditemui dengan selamat.

Andy, 28 ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) berkata, dia mengetahui mengenai berita kehilangan adiknya pada jam 4 petang Selasa lalu melalui aplikasi Whatsapp.

Katanya, sebaik membaca perkhabaran itu dia seakan tidak percaya dan meminta pengesahan daripada sepupunya yang juga bertugas di Kem Iskandar, Mersing.

“Saya terkejut, tidak percaya betulkah berita itu (yang diketahui menerusi kumpulan Whatsapp) dan saya ‘confirm’kan dengan sepupu yang bekerja di kem komando dan berita itu disahkan.

“Tiada apa yang kami harapkan selain berharap sangat adik bongsu kami ditemui dengan segera sebab kami tidak tahan melihat emosi ibu bapa kami di kampung , menunggu jawapan yang belum pasti,” katanya.

andy edrin
EDRIN bersama ibu dan ayah nya (gambar kiri). EDRIN bersama Andy (gambar kanan).

Andy yang juga anak kesembilan dari 10 adik-beradik berkata, dia dan adiknya memang rapat malah sering bercerita dan berkongsi masalah bersama.

“Meskipun dia sibuk menjalani kehidupan sebagai tentera komando, namun Edrin akan ambil masa membuat panggilan video menghubungi keluarga dan kali terakhir kami melakukan panggilan video bersama pada awal bulan lalu sebelum dia menjalani kursus selam itu.

“Edrin sangat mengutamakan keluarga dan dia sempat memindahkan sejumlah wang kepada saya Januari lalu bagi menyelesaikan semua bayaran bil di kampung kami di Tongod, Sabah.

“Kali terakhir, kamu sekeluarga berkumpul bersama pada majlis perkahwinan kakak saya, May pada 22 Mei lalu. Itu pun perjumpaan singkat kerana Edrin hanya mendapat cuti empat hari sahaja namun pertemuan itu sangat bermakna kerana semua adik-beradik dapat berkumpul bersama,” katanya.

Mengulas lanjut, Andy berkata dia kini bersama abang dan kakak serta sepupunya ditempatkan di Kem Sungai Udang bagi mengikuti perkembangan kes kehilangan adik mereka.

Edrin sebelum ini dilaporkan hilang ketika menjalani latihan eksesais pari harimua kursus selam pada kedudukan 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan bersama enam pegawai dan 37 peserta kursus dari kem Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang.

Mangsa bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3106
Kongsi :
Previous post Taman tema air panas permata baharu Gadek
Next post Ganja seberat 9kg dicampak ke laut selepas bot dikejar APMM
Ubah saiz-+=