Harap ada sedikit kelonggaran – KM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 25 Okt. – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali akur dengan keputusan Kerajaan Pusat mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau bagaimanapun berharap supaya diberikan sedikit kelonggaran sewaktu PRN Melaka dijalankan.

“Ini (PRN Melaka) pertama kali berlaku dalam tempoh pandemik, sebelum ini kita berkempen secara konvensional dan ia tradisi yang telahpun diadakan selama ini.

“Setakat hari ini kita akur dengan SOP dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat pusat.

“Saya tak tahu lagi mungkin Mesyuarat Jawatankuasa COVID-19 Negeri Melaka ada cadangan yang lain pada mesyuarat nanti bersama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2021 Negeri Melaka di Dewan Seri Bendahara di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad; Exco Kebajikan Negeri, Datuk Wira Latipah Omar dan Exco Kesihatan Negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Katanya setakat ini sebanyak 91 peratus individu berumur 18 tahun ke atas telahpun menerima vaksin yang lengkap, manakala inidividu 17 tahun ke bawah hampir 80 peratus lengkap vaksin.

“Kita punya pandemik masih lagi belum berakhir walapun sudah dapat dos kedua, tetapi demi untuk memastikan jangkitan ini tidak terus meningkat, SOP yang ditetapkan itu eloklah kita akur,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

376
Kongsi :
Previous post Malaysia sedia benarkan kemasukan 32,000 pekerja ladang termasuk dari Indonesia
Next post Rakyat lega SOP baharu PRN Melaka
Ubah saiz-+=