Sorting by

×

Hanya yang layak diberi bantuan – Ab Rauf

Masa Membaca:55 Saat

TANJUNG BIDARA 14 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan hanya individu yang benar-benar layak dipilih sebagai penerima bantuan.

Menurut beliau, penerima bantuan menerusi Projek Rumah Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu perlu melalui proses permohonan yang agak ketat bagi memastikan mereka layak diberi bantuan kediaman.

“Mereka perlu melalui beberapa proses bermula dari penduduk kampung hinggalah ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebelum permohonan itu dibawa ke TNB untuk penilaian terkahir,” katanya.

ADUN Tanjung Bidara merangkap Exco Pelaburan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Penyerahan Rumah Baiti Jannati TNB dan hadir sama, Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka Ir. Khairizam Ibrahim, hari ini.

Sementara itu, Khairizam berkata, sepanjang tahun lalu TNB Melaka menyerahkan tujuh buah rumah dibawah program Baiti Jannati kepada penerima yang layak di seluruh negeri ini membabitkan nilai keseluruhan RM350,000.

“Untuk tahun ini pula kita masih dalam proses penilaian dan kelulusan bagi permohonan dibuat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1332
Kongsi :
Previous post Mimpi miliki rumah jadi kenyataan
Next post Hampir 9 juta dos penggalak diberikan sehingga semalam – Khairy
Ubah saiz-+=