Sorting by

×

Hanya warganegara dibenarkan solat Sunat Aidilfitri di Melaka- KM Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Mei – Hanya warganegara dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal ini di masjid dan surau di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, dari segi jumlah kehadiran jemaah, ia adalah mengikut kapasiti masjid mahupun surau.

Beliau berkata, pelbagai peringkat golongan dibenar menunaikan solat sunat itu, bagaimanapun itu perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Kita memberi kebenaran kepada semua jemaah hanya warganegara sahaja untuk menghadirinya dan boleh dihadiri seluas kapasiti masjid atau surau dalam penganjurannya kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Indah Water Konsortium (IWK), IWK Melaka Sdn Bhd (MWI) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Hotel La Crista, di sini, semalam.

Selasa lalu Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Beliau dipetik berkata solat Hari Raya di masjid dan surau di kawasan PKP Diperketat (PKPD) tidak dibenarkan.

Katanya, ketetapan prosedur operasi standard (SOP) solat sunai Aidilfitri akan diputuskan oleh pihak berkuasa agama kerajaan negeri masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

355
Kongsi :
Previous post Melaka antara negeri terawal hasil air pulih guna
Next post Muhyiddin ucap tahniah kepada Pandelela raih pingat emas di kejohanan dunia
Ubah saiz-+=