HANYA SATU ‘DROP CALL’ DIKESAN DI MELAKA TENGAH

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PAYA RUMPUT 27 Ogos – Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di daerah Melaka Tengah, hari ini cuma mengesan satu panggilan terputus (drop call) disebabkan masalah sistem rangkaian telekomunikasi.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata siri kali ini melibatkan perjalanan sejauh 62 kilometer bagi memantau isu berkenaan berdasarkan aduan diterima.

“Ia melibatkan lokasi sekitar Durian Tunggal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Jalan Penghulu Abbas, Dataran Pahlawan, Kota Laksamana, Klebang, Pulau Gadong dan Paya Rumput.

“Sesi ujian ini melibatkan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih seperti CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile (TM), YES (YTL), dan U Mobile.

“Hanya satu panggilan terputus dikesan di daerah Melaka Tengah, justeru pihak penyedia perkhidmatan terlibat diminta untuk mengambil tindakan segera dan melaporkan kerja-kerja penambahbaikan,” katanya pada sidang media selepas mengetuai Siri Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di Melaka bagi daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Melaka, Syed Isa Alsagoff; Pengarah Jabatan Penerangan negeri (JaPen), Ab Rasil Hajatil dan Ketua Pegawai Operasi Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH), Mohd Jailani Deraman.

Pada siri berkenaan, Fairul Nizam turut melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu di Lorong Pandan, Kota Laksamana.

“Sejak 2009 sebanyak 30 NADI telah beroperasi di Melaka. Tahun ini kita akan menambah sembilan lagi NADI di Melaka, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 39 NADI,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

977
Kongsi :
Previous post BINA TIGA MENARA TELEKOMUNIKASI DI TAMAN BUKIT TAMBUN PERDANA
Next post PERBANYAKKAN PROGRAM BERSIFAT PATRIOTISME
Ubah saiz-+=