Sorting by

×

Hanya PM layak tentukan jawatan – Mohd Redzuan

Masa Membaca:57 Saat

DURIAN TUNGGAL 29 Nov. – “Saya tiada masalah sekiranya ada dalam kalangan orang UMNO yang mentadbir negara ini diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri”.

Itu pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof secara peribadi kerana ia merupakan hak masing-masing.

Menurutnya, ia tidak menjadi masalah untuk mentadbir urus tetapi terpulang kepada keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

“Beliau (Perdana Menteri) yang mewujudkan kabinet dan melantik menteri-menteri kabinet.

“Kalau nak disebutkan hari ini orang UMNO berkata mereka ramai dan boleh pegang jawatan itu, terpulang kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada Program Komuniti Sumbangan Masyarakat #pakwanprihatin di Kedai Nasi Briyani Roket, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun fungsi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah jelas dalam membentuk Perikatan Nasional (PN).

“Kita kena ingat juga BERSATU pada ketika itu adalah ‘instrumental’ untuk membentuk Perikatan Nasional (PN).

“Macam mana kita nak membentuk kerajaan ini atas pengalaman Perdana Menteri sendiri, kalau kita lihat hari ini banyak kritikan tertentu tetapi kita jalan terus.

“Kita punyai objektif amat jelas untuk membantu rakyat memberi keprihatinan dalam masa kita menghadapi pandemik COVID-19,” katanya lagi.

Views:

341
Kongsi :
Previous post Perahu nelayan wajib warna ungu
Next post The Tanah Air has always been cosmopolitan
Ubah saiz-+=