
Hanya ‘follow’ dan ‘share’, nikmati 30 peratus diskaun Eco-Cruise Sungai Linggi
AYER KEROH 30 Julai – Ibu bapa sedang merancang percutian sempena musim cuti persekolahan tidak lama lagi, dipelawa untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dengan menghayati keindahan flora dan fauna yang ditawarkan menerusi perkhidmatan Eco-Cruise Sungai Linggi.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan diskaun tersebut bersempena Bulan Kemerdekaan yang Ke-67 sepanjang Ogos depan.
Antara terma dan syarat yang dikenakan adalah, pengunjung perlu mengikuti serta berkongsi laman Facebook Eco-Cruise Sungai Linggi ke media sosial milik mereka.
Seterusnya, ketika pembelian tiket, pengunjung boleh menunjukkan bukti perkongsian laman Facebook atau hantaran promosi Sempena Kemerdekaan di kaunter pembayaran atau penebusan.
“Pengunjung yang berbuat demikian berhak untuk mendapat promosi diskaun harga tiket serta merta,” jelas kenyataan itu.
Waktu operasi Eco-Cruise Sungai Linggi adalah setiap hari Jumaat hingga Ahad, antara jam 9 pagi hingga 2.30 petang, manakala pada hari Isnin hingga Khamis adalah menerusi tempahan awal.
Apa tunggu lagi, cepat Share dan Follow Eco-Cruise Sungai Linggi!
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...