Hanya empat pelanggan
BANDA HILIR 19 Okt. – “Bayangkan, saya cuma dapat empat pelanggan sahaja dalam tempoh satu jam menunggu,” luah seorang peniaga, Abdul Hamid Jubaidi, 53.
Dia merupakan antara penyewa gerai di Dataran Pahlawan yang meluahkan kebimbangan akibat sambutan yang kurang memberangsangkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula 14 hingga 27 Oktober ini.
Akibatnya, kawasan yang dahulunya dipenuhi pelancong khususnya daripada tiga negeri berkenaan, kini lengang dan sepi.
“Kami harap ada penambahbaikan dari segi promosi pihak berwajib bagi membantu kumpulan peniaga kecil di kawasan tumpuan pelancong ini.
“Sekarang ni kami terpaksa melanjutkan perniagaan selama dua jam iaitu sehingga jam 8 malam pada hari biasa dan 10 malam pada hujung minggu untuk menarik lebih ramai pelanggan,”katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini, di gerainya, baru-baru ini.
Sementara itu, tinjauan sekitar jam 1 tengah hari mendapati hanya segelintir pelanggan yang berada di gerai yang terdapat di pusat beli belah berkenaan.
Namun dapat dilihat setiap lot premis yang disewakan peniaga rata-ratanya menjual makanan tidak menerima sambutan dan hanya dikunjungi kurang daripada dua pelanggan.
Tinjauan turut mendapati, beberapa premis lain tidak beroperasi menjadikan kawasan itu semakin lengang dan sepi.
Views:
Related
Berita Lain
IMIGRESEN, KKM SERBU KLINIK HARAM, TAHAN 10 LELAKI WARGA BANGLADESH
KUALA LUMPUR 24 Januari - Jabatan Imigresen Malaysia bersama Kementerian Kesihatan (KKM) menahan 10 lelaki warga Bangladesh kerana disyaki menawarkan...
KABINET SETUJU PENGURANGAN TOL 50 PERATUS SEMPENA TAHUN BAHARU CINA – NANTA
KUALA LUMPUR 24 Januari - Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina...
MRCB, PM MULTILINK & MAJESTIC QUEST BANGUNKAN HOSPITAL PUTRA 2
KUALA LUMPUR 24 Januari - Melaka bakal memiliki fasiliti pelancongan kesihatan terkini dan moden di rantau ini menerusi pembangunan Hospital...
KANAK-KANAK MAUT, LIMA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI MARAN
KUANTAN 24 Januari - Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala lima ahli keluarganya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar belakang...
MPHTJ CEMERLANG SEBAGAI SEBUAH PASUKAN
AYER KEROH 24 Januari - Semua warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta untuk bersama-sama menyumbang buah fikiran atau...
KOLAM AIR PANAS JASIN TIDAK TUTUP, HANYA TUKAR OPERATOR
AYER KEROH 24 Januari - Operasi Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas Bemban, Jasin akan disambung semula selepas proses melantik operator...