Sorting by

×

Hanya 50 peratus kapasiti pengunjung setiap premis – Muhammad Jailani

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SERI NEGERI 30 Sept. – Kerajaan negeri membenarkan kesemua sektor pelancongan di negeri ini beroperasi mulai esok (1 Oktober) dengan hanya 50 peratus kapasiti pengunjung di setiap premis.

Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan terperinci yang memberi keutamaan kepada pelancong di negeri ini.

“Setelah perbincangan secara teliti dan terperinci dengan ketua menteri, kita umumkan 1 Oktober seperti saranan kementerian, aktiviti pelancongan di Melaka akan dibuka.

“Tetapi hanya untuk rakyat Melaka sahaja dulu sebagai satu proses untuk kita perlahan-lahan mengadaptasi kedatangan para pelancong.

“Aktiviti ini dibenarkan kepada pelancong yang berada dalam negeri Melaka saja dengan kapasiti hanya 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MOA antara Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Seri Negeri hari ini.

Antara produk pelancongan akan dibuka seperti Zoo Melaka, aquarium, snorkeling, selam skuba, memancing, pusat edutainment, taman rekreasi dan extreme, adventure atau nature park dan lain-lain yang berkaitan.

Selain itu, turut dibuka adalah premis hasil seni budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, Perkampungan Hang Tuah, Galeri Seni, pusat dan kampung seni warisan budaya dan pentas persembahan budaya.

Diikuti taman tema dan pusat hiburan keluarga mengikut prosedur operasi standard (SOP) sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada, namun kelab hiburan malam masih tidak dibenarkan.

Tambahnya, pengunjung luar perlu memberi ruang kepada kerajaan negeri bersiap sedia untuk mengadaptasi dengan senario kedatangan pelancong luar melaka.

“Jadi saya umumkan 1 Oktober Melaka dibuka pusat-pusat pelancongan tersebut tetapi hanya untuk rakyat Melaka.

“Kenapa untuk pelancong Melaka saja, kerana kita perlu bergerak mengadaptasi mengikut fasa dalam pada kesediaan kita menerima para pelancong.

“Melaka negeri yang padat, selepas dua minggu kita akan tengok persediaan kita dan Kerajaan Melaka akan mohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) satu SOP khusus untuk pelancongan Melaka,” katanya.

MUHAMMAD Jailani

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

550
Kongsi :
Previous post Melaka belum buka pintu untuk pelancong luar – KM
Next post Dua perahu nelayan dicuri di Telok Gong
Ubah saiz-+=