
Hanya tiga negeri terlibat Kluster Sivagangga
PENGKALAN BATU 8 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan hanya tiga negeri yang dikaitkan dengan penularan Covid-19 dari Kluster Sivagangga setakat semalam.
Menterinya Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia turut membabitkan Padang Terap dan Kulim, Sanglang di Perlis, Sungai Bakap di Pulau Pinang selain Kedah di Kubang Pasu yang disahkan kawasan penularan pandemik itu.
“Bagaimanapun dua kes yang dikesan di Perak kelmarin bukan daripada Kluster Sivagangga, sebaliknya wabak penyakit seperti influenza (ILI).
“Kes di Perak itu disaring kerana ILI iaitu selesema, manakala Selangor masih dalam siasatan dan kita masih teruskan usaha sama ada mereka ada dijangkiti daripada kluster di Kedah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) dan Kuaters Batu Berendam di Klinik Kesihatan (Jenis 2), hari ini
Tegasnya, orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan Kluster Sivagangga bermula 13 Julai lalu, perlu tampil membuat saringan kesihatan.
“Pengunjung serta individu yang berurusan di premis itu juga perlu melakukan saringan bagi mengelakkan wabak itu menular.
“Orang ramai yang singgah membeli dan membungkus makanan di kedai itu kena lakukan saringan,” katanya lagi.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...