HANGOUT @DURIAN TUNGGAL JADI TARIKAN BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

DURIAN TUNGGAL 25 September – Sebuah pusat tarikan orang ramai yang lengkap dengan pelbagai kemudahan riadah akan dibangunkan di Pekan Durian Tunggal, tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil berkata, perancangan membina tempat rekreasi yang dinamakan Hangout @Durian Tunggal itu adalah bertujuan untuk membolehkan orang ramai, khususnya penduduk melakukan aktiviti riadah pada setiap hujung minggu.

Katanya, apabila siap kelak, kawasan itu bukan hanya dilengkapi dengan gerai jualan malah terdapat juga kawasan untuk orang ramai melakukan aktiviti bersama keluarga.

“Kita berhasrat untuk mewujudkan sebuah tempat yang membolehkan penduduk setempat dan orang ramai berkumpul atau meluangkan masa pada hujung minggu dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

“Untuk itu kita cadangkan mewujudkan Hangout @Durian Tunggal yang akan mewujudkan sebuah lokasi penjaja lokal berpusat dan lokasi OOTD The Durian Tunggal Artistic Street.

“Perkara ini sudah dibincangkan malah kertas kerja juga sudah dibuat dan dibawa ke perhatian Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Zahari, bagi mengindah dan memeriahkan pengcahayaan pada waktu malam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, pihaknya turut merancang memasang lampu solar di beberapa lokasi hotspot di kawasan kampung.

“Melalui pejabat daerah kita telah untuk pemasangan lampu solar di 40 lokasi hotspot di DUN Durian Tunggal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2657
Kongsi :
Previous post KAUNTER, VAN BERGERAK MPAG DIBUKA PADA WAKTU REHAT
Next post PERPARITAN TIDAK SISTEMATIK PUNCA BANJIR 20 TAHUN
Ubah saiz-+=