
Hamzah sembuh daripada COVID-19
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lalu selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata, Hamzah juga berada dalam keadaan baik.
Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Sementara itu, Hamzah dalam kenyataannya melahirkan penghargaan kepada doktor, jururawat serta barisan petugas hadapan yang memberikan perkhidmatan cemerlang dan layanan mesra tidak mengira penat lelah sepanjang tempoh rawatannya.
“Kepada semua pihak yang bertanya khabar, memberikan kata semangat dan mendoakan kesihatan saya, terima kasih saya ucapkan. Keprihatinan anda semua memberikan kekuatan kepada saya untuk terus melawan virus COVID-19,” katanya.
Beliau turut menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi SOP ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan serta memberikan kerjasama penuh kepada barisan petugas hadapan dan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.
“Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita semua diberikan nikmat kesihatan dan sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya,” kata beliau.
Views:
Related

Berita Lain
KONGSI REZEKI, SANTUNI 1,000 PENDUDUK AYER LIMAU
AYER LIMAU 17 Mac - Atas semangat mahu berkongsi rezeki pihak Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau melaksanakan Program...
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...