Hampir RM80,000 diagihkan kepada murid

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

MACHAP JAYA 10 Jan.  –  Seramai 530 penerima bantuan awal persekolahan peringkat Parlimen Alor Gajah, menerima sumbangan di sini tengah hari tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, bantuan tahunan terbabit merupakan insiatif kerajaan negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) bagi meringankan bebanan golongan terpilih di negeri ini.

Katanya, bantuan berkenaan akan disasarkan ke seluruh peringkat Parlimen dengan pecahan beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) secara menyeluruh dan berperingkat selepas ini.

“Pada program ini seramai 530 murid sekolah rendah telah menerima bantuan awal persekolaham ini dengan peruntukan sebanyak RM79,500

“Inisiatif ini disalurkan seperti mana yang kita umumkan pada Belanjawan Melaka 2021 lalu dan kita akan pastikan ia akan dilaksanakan buat semua pihak terlibat.

“Malah perkara ini bagi memastikan pembangunan kebajikan ini merupakan salah satu cara kerajaan negeri dalam  memperhebatkan institusi pendidikan di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan  Program Pelancaran Penyampaian Bantuan Sekolah Rendah Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka Peringkat Parlimen dan DUN  Sesi Akademik 2021 di Dewan Besar Kampung Permai, Machap Umboo di sini hari ini.

Sementara itu, rata-rata keluarga yang ditemui menerima bantuan tersebut meluahkan rasa syukur atas keprihatinan disalurkan kerajaan negeri.

Purwaningsih Tony Ong, 40, berkata bantuan itu mampu membantu mengurus perbelanjaan anak-anaknya  sekali gus meringankan beban suami yang merupakan seorang peniaga sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Rasa sangat bersyukur apabila dimaklumkan memerima bantuan seperti ini. Dengan keadaan pasca COVID-19 keadaan kami sekeluarga begitu terjejas.

“Terima kasih kerajaan negeri memberi bantuan seperti ini dan berharap program bermakna seperti ini diteruskan demi membantu golongan seperti saya,” katanya.

Turut meluahkan rasa sama, seorang buruh, Mohd Nazrin Md Isa,  berkata bantuan terbabit merupakan inisiatif murni kerajaan negeri terutama pada waktu getir bagi menangani COVID19.

“Terima kasih kerajaan negeri dan TAPEM dalam bantuan dan dihulurkan kerana ia amat bermakna bagi saya yang mamou mengurangkan bebanan ditanggung kerana masih terdapat anak lain yang bersekolah.

“Perkara ini setidaknya melancarkan perjalanan bagi menujuk ke alam persekolahan anak saya tahun hadapan agar lebih bersemangat dalam menuntut ilmu,” katanya.

Views:

317
Kongsi :
Previous post COVID-19: Kuarantin di hotel perlu tanggung sendiri
Next post Nenek parah, berisiko lumpuh dikejar kera
Ubah saiz-+=