Hampir RM500,000 baiki kerosakan 74 rumah PPR Krubong – Exco Kanan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PAYA RUMPUT 20 April – sebanyak 74 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong mengalami isu kerosakan jubin lantai dan ‘waterproofing’ pada tahun ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kerja-kerja pembaikan itu akan melibatkan Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

Katanya, LPM akan membelanjakan kos sebanyak RM499,846.29 bagi kerja-kerja pembaikan di kesemua rumah yang terlibat dengan kerosakan.

“Selepas Aidilfitri, saya akan berjumpa dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), berjumpa menterinya, Nga Kor Ming untuk menyelesaikan isu ini.

“Pada tahun 2020 hingga tahun 2022, Kerajaan Negeri menerusi LPM telah mengambil tindakan membaiki kerosakan jubin lantai dan waterproofing melibatkan 213 unit rumah di PPR Krubong.

“Ianya melibatkan kos sebanyak RM1,234,853 bagi kos pembaikan sahaja,” katanya pada sidang media selepas melawat dan meninjau PPR Krubong di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom.

Mengulas lanjut, Rais berkata LPM secara keseluruhan telah membelanjakan lebih RM21 juta dari tahun 2013 sehingga 2022 bagi memastikan penduduk duduk dalam keadaan selesa.

“Sebanyak RM21,359,444.98 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik taraf dan selenggara PPR dan Rumah Awam di bawah LPM.

“Bagi PPR Krubong dan PPR Tehel, LPM telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala melibatkan kos perbelanjaan bernilai RM42,832.66 sebulan.

“Ia meliputi kerja-kerja pembersihan, selenggara lif, potong rumpul dan pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1820
Kongsi :
Previous post Aidilfitri istimewa untuk bekas anak seni Melaka
Next post TYT, KM hadir ke Majlis Cerapan Hilal Syawal
Ubah saiz-+=