Sorting by

×

HAMPIR 5,000 PENGUNJUNG NIKMATI PANORAMA MELAKA SECARA PERCUMA – MTSB

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDA HILIR 20 Februari – Menara Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) menjangkakan hampir 5,000 pengunjung menikmati tawaran kemasukan percuma sempena cuti umum Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Azan Hassan berkata setakat jam 3 petang, kira-kira 3,000 pengunjung sudah menaiki menara berkenaan yang juga salah satu ikon pelancongan Melaka.

Katanya, selain orang Melaka ada juga pengunjung direkodkan datang dari Kedah, Terengganu dan Kelantan serta pelancong asing meskipun mereka tidak diberikan kemasukan percuma.

“Purata setiap kali ‘trip’, 45 orang dibenarkan naik dan dalam masa satu jam kita boleh membawa antara 10 hingga 11 ‘trip’ atau ‘ride’, sekali gus mampu mengisi keseluruhan 500 orang.

“Jadi setakat jam 3 petang tadi, kira-kira 3,000 pengunjung sudah menikmati keindahan panorama bandar Melaka dengan menaiki Menara Taming Sari dan kita jangkakan, operasi berterusan sehingga jam 5 petang,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut menyantuni pengunjung Menara Taming Sari bagi melihat sendiri perkembangan kemasukan percuma sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya memberi keutamaan kepada individu berkeperluan khas untuk menunggu di bahagian kaunter bagi menaiki Menara Taming Sari.

“Individu berkeperluan khas  seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung diberi kelebihan dan keutamaan oleh kami. Jadi tidak timbul isu mereka ini terpaksa menunggu lama untuk naik Menara Taming Sari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

113
Kongsi :
Previous post ‘TAHUN INI PELUANG ORANG MELAKA MASUK PERCUMA’
Next post MENARA TAMING SARI KONGSI REZEKI SEMPENA KEMASUKAN PERCUMA