Sorting by

×

Hampir 5,000 pengunjung ke lapan produk pelancongan Bila Larut Malam

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 14 Julai – Hampir 5,000 pengunjung dan pelancong telah menikmati tawaran istimewa bersempena inisiatif Melaka Bila Larut Malam Edisi Julai yang diadakan malam tadi.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu membabitkan data kehadiran pengunjung ke lapan produk pelancongan yang menawarkan tiket masuk pada harga istimewa RM10.

Menurut kenyataan itu, Melaka River Cruise merekodkan kehadiran tertinggi pengunjung iaitu seramai 1,705 orang diikuti Zoo Melaka dengan 847 orang.

“Sementara itu, produk pelancongan yang baharu menyertai Program Melaka Bila Larut Malam pada Edisi Kedua Malaysia Heritage Studio menerima kehadiran seramai 729 orang dan Melaka Ghost Museum seramai 105 orang.

“Manakala Muzium Penjara Malaysia menerima kehadiran seramai 138 orang; Panggung Bangsawan seramai 225 orang; Menara Taming Sari Berhad menerima 659 orang dan empat muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menerima 321 orang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah mengadakan ‘walkabout’ ke tempat-tempat pelancongan yang menyertai inisiatif Bila Larut Malam.

Ketua Menteri sempat beramah-mesra dengan pengunjung dan pelancong yang hadir, di samping menyantuni peniaga dan pengayuh beca yang turut mendapat limpahan ekonomi daripada inisiatif berkenaan.

SuasanaLanggani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

706
Kongsi :
Previous post Melaka mohon sebahagian tapak warisan dikecilkan
Next post Melaka Bila Larut Malam Edisi Julai: Perzim laksana tiga program serentak
Ubah saiz-+=