HAMPIR 4,000 TEBUS TIKET PERCUMA MENARA TAMING SARI

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 7 Oktober – Seramai 3,715 orang Melaka dan pemastautin di negeri ini telah menebus tiket percuma menaiki Menara Taming Sari sempena Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Nasrul Ahmad berkata, jumlah itu direkodkan bermula 24 Ogos hingga 6 Oktober 2024.

Sehingga 31 Disember nanti, beliau menjangkakan seramai 15,000 rakyat Melaka akan menebus tiket percuma itu yang merupakan hadiah daripada Kerajaan Negeri.

“Saya percaya penebusan ini akan meningkat dari semasa ke semasa dan lebih 15,000 akan menebus tiket untuk menikmati tarikan yang ada di Menara Taming Sari secara percuma.

“Tidak seperti lokasi lain, Menara Taming Sari tidak meletakkan sebarang had tertentu dan orang ramai boleh datang pada bila-bila masa untuk menebus tiket ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambah Nasrul, orang ramai yang ingin menebus tiket percuma itu boleh terus datang ke kaunter Menara Taming Sari dan akan dibantu kakitangan yang dipertanggungjawabkan.

“Kita akan sediakan kaunter khas dan kakitangan terlatih untuk membantu orang Melaka menebus tiket percuma ini dengan memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

28
Kongsi :
Previous post PERMINTAAN KEDIAMAN MEWAH DI MELAKA MENINGKAT
Next post 16 MANGSA BERPINDAH KE SK TEHEL, RUMAH DINAIKI AIR
Ubah saiz-+=