
Hampir 40 rumah di Jelebu terjejas banjir kilat
SEREMBAN, 6 Mac – Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian, Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas banjir kilat berikutan hujan lebat kira-kira pukul 7.20 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata hujan lebat selama dua jam menyebabkan air Sungai Triang, Juntai melimpah dan memasuki rumah penduduk hingga mencecah paras lutut.
“Rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal. Hujan lebat reda pada 9.45 malam dan hujan renyai hingga tengah malam.
“Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan air surut sepenuhnya sekitar 7 pagi tadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kira-kira 50 anggota termasuk APM, bomba dan polis digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan termasuk mengalihkan barang di rumah mangsa ke tempat selamat.
Menurutnya kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku pada tahun ini di kawasan itu, selepas kawasan sama dinaiki air Disember lepas dan pihaknya sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...