Sorting by

×

HAMPIR 100 PROGRAM DIRANGKA BAGI MERIAHKAN W.R.U.R DUN PENGKALAN BATU

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PENGKALAN BATU 26 Januari – Hampir 100 program dan aktiviti dirangka bagi memeriahkan penganjuran Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Februari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata persiapan pihaknya telah mencecah 90 peratus dan hanya menunggu untuk pelaksanaan.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata program W.R.U.R edisi kedua itu juga akan berlangsung selama dua minggu iaitu dari 2 hingga 15 Februari.

“Persiapan sudah 90 peratus yang mana perbincangan bersama agensi-agensi sedang berjalan, perjalanan program serta aktiviti masih dikemaskini, hanya menunggu hari pelaksanaan.

“Jika ikut kerangka asal lebih 100 program akan berlangsung sepanjang dua minggu namun ia masih dibincangkan lagi.

“Memang penuh program dan aktiviti untuk warga Pengkalan Batu, pagi, petang  hingga malam memang penuh aktiviti rakyat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata menariknya edisi W.R.U.R di Pengkalan Batu, Kembara Ziara Kaksom akan singgah ke 150 buah rumah dalam DUN terbabit.

“Antara lain yang istimewa di Pengkalan Batu kita akan ada Pelancaran Jejantas Tun Teja oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Malam Dondang Sayang di Bukit Palah; Wayang Pacak, Karnival Kerjaya TVET serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

201
Kongsi :
Previous post ROZIAH TIDAK JEMU BACA AYAT SUCI AL-QURAN
Next post MBMB TERIMA TIGA ANUGERAH DI MIP EXCELLENCE AWARDS 2024
Ubah saiz-+=