
Halimah Sadique positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 19 Jan – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif COVID-19 dan akan menjalani rawatan serta tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor Bahru.
Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memberitahu sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan lancar.
“Datuk Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” menurut kenyataan itu.
Halimah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dan disahkan positif oleh KKM hari ini.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...
NENEK ‘BERTUNANGKAN’ SCAMMER, ANTARA KISAH PENIPUAN TERJADI DI MELAKA
MACHAP JAYA 15 Mac - Menemui cinta di usia senja mungkin sepatutnya menjadi kenangan terindah buat seorang wanita warga emas...
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...