Sorting by

×

Hakisan pantai: Perubahan geomorfologi pantai punca ombak ‘mengganas’ – Pakar

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

AYER KEROH 26 Okt. –  Pertukaran geomorfologi pantai yang disebabkan oleh faktor tertentu termasuk penambakan pantai mampu menghasilkan ombak yang tinggi sekali gus menghakis pantai.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Kajian dan Inovasi) Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES) Universiti Malaya Datuk Prof. Dr Azizan Abu Samah berkata, mekanisme ombak tinggi itu terhasil daripada angin yang kuat, malah ia boleh terjadi dengan keadaan angin yang kuat serta berkait rapat dengan pasang surut laut itu.

Jelasnya, keadaan itu bermakna jika ada proses penukaran kepada cara pantai di sesetengah tempat, laut akan menyebabkan penghasilan struktur ombak yang lebih banyak.

“Ombak bergantung kepada struktur pantai, sesetengahnya apabila berlaku morfologi pantai (perubahan pantai) sama ada menerusi tambak pantai atau sebagainya, ombak itu akan bertukar menjadi besar.

TIMBALAN Naib Canselor (Kajian dan Invoasi) Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES) Universiti Malaya Datuk Prof. Dr Azizan Abu Samah. Foto internet

“Apabila ombak itu tinggi, akan ada banyak hakisan tetapi perlu diingat hakisan itu akan menghasilkan penambakan pasir di kawasan lain, tetapi bagi kawasan pantai yang terhakis itu, tanah atau pasir semakin sedikit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dr. Azizan berkata, apabila berlaku geomorfologi pantai menerusi kaedah penambakan pantai, keadaan itu juga mempengaruhi kedalaman pantai.

“Ombak di kawasan pantai pasir dan kawasan pantai berlumpur serta kawasan berlumpur dan berpasir seperti bakau itu berbeza, kawasan pantai berlumpur dicampur pasir lebih baik kerana ia memecahkan kuasa ombak, jadi ombak yang terhasil itu tidak kuat.

“Selalunya bila ada hutan bakau, kita dapati ia menyebabkan pantai itu makin lama makin membesar, jadi ombak itu mampu mengurangkan hakisan,” katanya.

Beliau berkata, secara asasnya pertukaran bentuk ombak ini bergantung kepada tiga perkara iaitu angin, pasang surut air laut dan juga kedalaman pantai.

“Mekanisme ombak ini terhasil daripada angin kencang, ia akan lebih besar, satu lagi ialah pasang surut yang mana kedua-duanya adalah mekanisme ‘external’ (luaran).

“Bagi internal (kedalaman) berkait dengan pantai itu sendiri yang dipanggil batimeteri iaitu bagaimana macam mana kedalaman pantai itu menjadi cetek, itu adalah kaitan bagaimana ombak itu berinteraksi,” katanya.

Views:

2919
Kongsi :
Previous post No necessity to declare emergency – Agong
Next post Ronaldinho disahkan positif COVID-19
Ubah saiz-+=