Sorting by

×

Haiwan nokturnal tarikan malam di Zoo Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 31 Mei – Pengunjung di Zoo Melaka berpeluang melihat cara hidup haiwan nokturnal iaitu spesies yang aktif pada waktu malam bersempena program Bila Larut Malam yang diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, sebanyak 200 ekor haiwan nokturnal daripada 60 spesies boleh disaksikan pengunjung sepanjang malam.

“Antara yang menjadi tarikan adalah seperti burung hantu, gajah dan zirafah. Malah turut berlangsung pertunjukkan haiwan yang akan membabitkan dua sesi iaitu pada jam 10.30 dan 11.30 malam.

“Disamping itu saya juga ingin mengingatkan orang ramai yang ingin berkunjung ke Zoo Melaka ini bersempena Program Melaka Bila Larut Malam agar memakai kasut ia bagi langkah keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang melawat persiapan Zoo Melaka bersempena Program Melaka Bila Larut Malam yang turut dihadiri Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis.

Photo1717084654
SAPIAH ketika turun padang meninjau persiapan akhir Zoo Melaka sempena Bila Larut Malam. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Mengulas mengenai persiapan Zoo Melaka, Sapiah memaklumkan, taman haiwan itu sudah bersedia menerima kehadiran pengunjung.

Katanya, untuk edisi pertama Bila Larut Malam, dianggarkan 5,000 pengunjung akan membanjiri Zoo Melaka bagi menikmati tawaran tiket masuk pada harga serendah RM10.

“Untuk persiapan Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ ini kita sudah capai 90 peratus termasuklah dari segi pencahayaan iaitu memasang lampu di kawasan dibenarkan serta tidak mengganggu haiwan.

“Bagi menampung kemasukan pengunjung juga sebanyak 16 buah tram termasuk e-bus dan ‘buggy’ akan disediakan dengan setiap satunya akan bergerak mengambil penumpang setiap 30 minit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

208
Kongsi :
Previous post ‘Syurga’ oleh-oleh murah di Alor Gajah
Next post Melaka Nightlife: Zoo Melaka sedia terima pengunjung
Ubah saiz-+=