
Hadir majlis kahwin disyaki punca Kluster Jalan Gapam
AYER KEROH 14 April. – Melaka merekodkan pertambahan satu lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Jalan Gapam yang merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Gapam Bemban, Melaka Tengah.
Mengikut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kluster tersebut bermula apabila seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala.
Kluster itu diklasifikasikan sebagai kluster tempat kerja apabila ia telah menjangkiti sembilan lagi kontak rapat individu terbabit.
“Sehingga hari ini sejumlah 102 individu telah disaring, yang mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan hasil siasatan mendapati indeks kes terbabit mempunyai sejarah menghadiri majlis perkahwinan di Negeri Sembilan yang mana ibu saudara indeks kes yang menghadiri majlis tersebut turut dikesan positif COVID-19.
Kenyataan itu menyebut, daripada 102 kontak rapat yang disaring, 40 daripadanya merupakan kontak keluarga, seorang kontak sosial dan baki 61 lagi membabitkan kontak tempat kerja.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...