Sorting by

×

Hadiah terindah dari The Prayer Mat

Masa Membaca:2 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 3 Februari – “Melihat sejadah dan wangian yang dijual di sini, sedikit sebanyak dapat mengubat rindu kepada Kota Madinah yang selalu dirindui,” itu kata pelanggan The Prayer Mat, Dr. Mariam Mustafa.

Katanya, perbelanjaannya berbaloi kerana produk yang dijual di premis berkenaan bukan sahaja bekualiti tinggi malah dibawa terus dari Madinah.

The Prayer Mat cawangan Melaka yang terletak di Dataran Pahlawan, adalah satu-satunya outlet milik syarikat itu yang terletak di selatan tanah air, dengan menawarkan sejadah dan pewangi asli dari Madinah.

Dr. Mariam, 49, berkata, kunjungannya ke pusat beli-belah itu adalah bagi mencari hadiah untuk diberikan kepada seseorang walaupun tidak pasti apa barangan yang perlu dibelinya namun urusannya menjadi mudah sejurus melangkah masuk ke The Prayer Mat.

“Semuanya secara kebetulan, apabila melihat outlet The Prayer Mat ini dan masuk sahaja ke dalam, saya dapat lihat pelbagai jenis sejadah yang dijual termasuk dengan wangian.

“Memandangkan sebelum ini diberikan rezeki sampai ke sana jadi kita dapat tahu akan kualiti produknya, ia memang sama seperti sejadah di sana malah menariknya, harga ditawarkan amatlah berpatutan,” katanya ketika ditemui di, Melaka Hari Ini.

B7d79332 1971 4beb Adc9 16ce0eaea0ff
Pelanggan The Prayer Mat Dr. Mariam Mustafa

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran The Prayer Mat Sdn Bhd, Nur Baiti Abu Mutalib berkata, The Prayer Mat adalah premis yang amat sesuai untuk dikunjungi bagi mereka yang ingin mencari sejadah bukan hanya bagi kegunaan sendiri malah dijadikan hadiah.

“Menjadi satu-satunya outlet yang beroperasi di selatan tanah air, ia akan memudahkan lagi mereka yang ingin mendapatkan sejadah, tasbih ataupun pewangi dari The Prayer Mat.

“Malah bersempena dengan kedatangan bulan ramadan juga, kita turut menyediakan perkhidmatan menyediakan hadiah sama ada kepada orang perseorangan atau korporat.

“Meskipun di luar sana banyak premis ada menjual sejadah tetapi di The Prayer Mat ini kita ada kelainan kerana semua sejadah yang dijual dibawa khas dari Madinah,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

3b6d713c 5f2d 449b 8430 D10751284112
Eksekutif Pemasaran The Prayer Mat Sdn Bhd, Nur Baiti Abu Mutalib

Jelas Nur Baiti, sejak beroperasi pada Oktober tahun lalu, perniagaan The Prayer Mat mendapat sambutan memberangsangkan apabila merekodkan peningkatan pengunjung setiap bulan.

“Kita juga percaya terletak di lokasi strategik iaitu di Bandaraya Melaka, ia secara tidak langsung akan membantu dalam mempromosikan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Ini kerana apabila pelanggan setia The Prayer Mat, khususnya dari selatan yang ingin mendapatkan sejadah datang ke outlet ini ia secara tidak langsung merancakkan lagi sektor pelancongan,” katanya.

Jelasnya lagi, The Prayer Mat kini juga sedang membuka peluang kepada mereka yang ingin mencari sumber kewangan sampingan dengan menjadi ‘dropship’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

553
Kongsi :
Previous post Tokong di Selandar bermandikan cahaya, gamit kedatangan pelancong
Next post ‘Anak hanya minta kasut, beg sekolah murah’
Ubah saiz-+=