Sorting by

×

‘Hadiah’ terakhir pemandu lori

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BEMBAN 14 November – Waris Mohd Nor Seman, 50, pemandu lori yang meninggal dunia akibat COVID-19, 22 Oktober lalu menerima Faedah Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM2,559.37 sebulan.

Penyerahan faedah itu berserta Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 telah disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Ngwe Hee Sem di kediaman waris di Taman Desa Kesang, Jasin, di sini, hari ini.

Menurut Hee Sem, lawatan ke atas waris dan penyerahan faedah itu telah diadakan menerusi Program Skuad Perkeso Prihatin yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Pejabat Perkeso Negeri Melaka Hafilah Abdul Ghani.

Katanya, faedah itu merupakan hadiah terakhir arwah kepada isterinya Zuraidah Mis, 46, bersama tiga anak masing-masing berusia 16 hingga 25 tahun.

“Isterinya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, manakala dua anak perempuannya sudah bekerja dan anak lelakinya berusia 16 tahun masih bersekolah dan bekerja separuh masa membantu ibu saudaranya di sebuah kedai jahit.

“Walaupun sudah tiada lagi di dunia ini, tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah masih dapat dilunaskan menerusi caruman yang pernah dibuat bersama Perkeso demi menjamin kebajikan keluarga yang ditinggalkan,” katanya.

Menurut Hee Sem, Allahyarham Mohd Nor sebelum ini ditemui tidak sedarkan diri semasa hendak mendapatkan resit atau dokumen berkaitan kerja di Selangor.

Beliau kemudiannya telah dibantu orang awam berdekatan untuk dibawa Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) sebelum disahkan meninggal dunia di dalam ambulans, pada jam 11.50 pagi, iaitu ketika dalam perjalanan ke hospital.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3895
Kongsi :
Previous post ‘Kalau ada bukti, sila bawa untuk disiasat’ – Hishammuddin
Next post Mahasiswa cerewet pilih calon
Ubah saiz-+=