Hadiah set alat tulis suntik semangat murid hadapi peperiksaan UPKK
SUNGAI RAMBAI 29 November – Pemberian set alat tulis kepada murid-murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diharapkan dapat menyuntik semangat mereka untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis menerusi catatan Facebooknya berkata, beliau sempat menyantuni beberapa SRA JAIM di kawasannya bagi memberi kata-kata semangat kepada murid-murid berkenaan menjawab peperiksaan terbabit.
“Alhamdulillah, saya hadiahkan alat tulis kepada anak-anak yang akan ambil peperiksaan UPKK .
“Semoga dipermudahkan urusan mereka menjawab soalan, diberikan ketenangan dan mudah-mudahan mendapat keputusan yang cemerlang..In Shaa Allah,” tulisnya.
Antara sekolah yang dilawatinya termasuk SRA JAIM Sebatu, SRA JAIM Sungai Rambai dan SRA JAIM Parit Penghulu.
Beliau berkata, beliau turut mewakilkan Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Zakaria Abu Bakar untuk menyampaikan sumbangan sama, antaranya ke SRA JAIM Parit Gantong, SRA JAIM Batu Gajah dan SRA JAIM Seri Mendapat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.