Hadiah RM5,000 menanti pemenang utama cipta logo Tahun Melawat Melaka 2024

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 10 Februari – Pertandingan Mencipta Logo Tahun Melawat Melaka 2024 menawarkan wang tunai berjumlah RM5,000 bagi pemenang utama.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Sa’ari Basiron berkata penyertaan bagi pertandingan itu adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

“Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan mereka, ciptaan logo yang dihnatar mestilah asli, tidak ditiru atau diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun luar negara.

“Semua reka bentuk dihantar menjadi hak milik Kerajaan Negeri dan tidak boleh dituntut peserta, kita berhak ke atas logo terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai untuk digunakan, dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara rasmi Kerajaan Negeri.

“Pemenang utama pertandingan akan dipilih menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan semua penyertaan akan menerima sijil penghargaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Katanya pengumuman pemenang utama akan dimaklumkan menerusi telefon atau emel.

“Tarikh tutup penyertaan pada jam 12 tengah, 20 Februari ini dan peserta perlu emelkan penyertaan rekaan logo ke [email protected] beserta nama penuh, kad pengenalan, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

“Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua warna dan tidak melebih lima warna, logo direka tidak boleh menyentuh elemen atau sensitiviti yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

“Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketika dan penyertaan akan terbatal sekiranya hasil karya tidak asli atau ciplak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3224
Kongsi :
Previous post ANGKASA lancar Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye dan Syria
Next post Malaysia berpeluang juarai BAMTC – Aaron
Ubah saiz-+=