
Hadiah 100 kilogram beras untuk pengantin baharu
FOKUS DUN N23 – TELOK MAS
TELOK MAS 25 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menghadiahkan 100 kilogram (kg) beras kepada setiap pengantin baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Abdul Razak berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada pasangan mempelai baru melangkah ke alam perkahwinan.
“Sudah lama rasanya saya tak ‘update’ (kemaskini) berkenaan pemberian beras percuma kepada pasangan kahwin kali pertama.
“Jadi saya kongsikan pemberian beras kepada pasangan pengantin di DUN Telok Mas petang tadi (semalam),” katanya menerusi hantara di Facebook miliknya.
Beliau berkata, pasangan berkenaan boleh menghantar kad jemputan perkahwinan ke JAPERUN sementara Telok Mas di Kampung Ketapang.
“InsyaAllah anda dan pasangan layak menerima 100 kg beras percuma,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.