Sorting by

×

HAB PERINDUSTRIAN BAHARU DI JASIN MAMPU TARIK PELABURAN RM900 JUTA

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

KOTA LAKSAMANA 21 Mac – Melaka bakal membuka satu lagi kawasan perindustrian di Jasin iaitu Hab Perindustrian Golden Valley Melaka yang dijangka dapat menarik pelaburan sebanyak RM900 juta.

Pengerusi Hab Perindustrian Golden Valley Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo berkata, hab tersebut akan membuka peluang baharu kepada usahawan, pelabur serta syarikat untuk memulakan mahupun mengembangkan aktiviti-aktiviti keusahawanan dan perindustrian masing-masing.

Katanya, dalam usaha membantu Kerajaan Negeri menjadikan bumi Hang Tuah sebagai negeri mesra pelabur, hab itu satu dilihat sebagai langkah besar dalam membangunkan sektor pelaburan dan perindustrian Melaka yang lebih berdaya saing.

“Hab Perindustrian Golden Valley Melaka yang diperkenalkan secara rasminya ini merupakan salah satu destinasi pelaburan asing yang bernilai tinggi dan berimpak besar untuk merealisasikan impian-impian pelabur serta penggiat industri.

“Hab perindustrian ini bukan hanya menyediakan sebuah ruang fizikal yang optimum, tetapi juga sebuah ekosistem yang dapat memperkukuhkan daya saing, meningkatkan produktiviti dan memacu pertumbuhan yang mampan bagi pemain-pemain industri yang terlibat di samping merancakkan pembangunan industri pembuatan, inovasi serta teknologi Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Golden Valley Industrial Hub antara Teladan Group Berhad; Gezhouba Engineering (Malaysia) Sdn Bhd dan Nanyang Sea Sik yang disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP),Datuk Mohd Yusof Abu Bakar serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Tian Loo berkata Hab Perindustrian Golden Valley Melaka yang seluas kira-kira 270 ekar adalah terletak di daerah Jasin dan di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

“Hab ini jaraknya dengan Plaza Tol Ayer Keroh hanya 16.6 kilomseter (km) iaitu hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit.

“Hab perindustrian ini dilengkapi dengan kelebihan dari segi lokasi strategik, termasuklah mempunyai akses jarak dekat ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Pelabuhan Tanjung Beruas dan lain-lain lagi.

“Selain itu, kewujudan taman-taman perumahan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sebagainya di sekeliling kawasan itu juga menawarkan kemudahan kepada mereka yang menempatkan pusat pengeluaran atau penyelidikan masing-masing di hab perindustrian tersebut,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post GERGASI TELEKOMUNIKASI SINGAPURA KOMITED PERLUAS PELABURAN DI MELAKA
Next post KPDN RAMPAS MINYAK ENJIN TIRUAN BERNILAI RM1.15 JUTA