
GURU WANITA DIDAKWA CEROBOH PEJABAT BEKAS TEMAN LELAKI
N Retha, 41, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth, 35, pada kira-kira 3 petang di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, melarang tertuduh mendekati mangsa hingga kes selesai.
Peguam N Villasini memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya merupakan ibu tunggal kepada anak berusia 14 dan 16 tahun, mempunyai bapa yang menghidap penyakit jantung selain telah berkhidmat sebagai guru selama 21 tahun.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa hingga kes selesai dan menetapkan 18 Okt ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...