
Guru rugi RM135,150 terperdaya ‘phone scam’
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya wanita berusia 25 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa pegawai daripada Jabatan Komunikasi Digital, Bahagian Penyekatan Rangkaian, 2 Julai lepas.
Beliau berkata mangsa telah dimaklumkan bahawa nombor telefon yang digunakannya telah menyebarkan pautan tidak sah di Perak.
“Panggilan telefon itu telah disambungkan kepada suspek kononnya pegawai polis dan telah meminta mangsa membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan.
“Mangsa yang terperdaya telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM128,000 selain menggunakan wang simpanan untuk melakukan 11 transaksi ke enam akaun bank berlainan hingga kerugian sebanyak RM135,150,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu apabila membuat semakan menerusi aplikasi Google berkaitan penipuan dalam talian dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin semalam.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...