GURU KEMATIAN ANAK DI TASKA KOMITED UNTUK KEMBALI BERTUGAS

Masa Membaca:52 Saat

REMBIA 9 September – Meskipun masih terkesan akibat pemergian bayi tunggalnya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, komited untuk kembali meneruskan tugasnya sebagai guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, hasrat itu dinyatakan sendiri Sabrina yang menempuh ujian berat apabila bayinya meninggal dunia dalam insiden di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska), Jumaat lalu.

“Beliau komited untuk kembali bertugas, ini menunjukkan beliau mempunyai semangat yang kuat dalam bidang pendidikan.

“Jadi beliau buat keputusan untuk meneruskan (kerjaya sebagai guru), “ katanya kepada pemberita selepas menziarahi Sabrina di Taman Kelemak Utama, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Dalam pada itu Fadhlina berkata, kementeriannya menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersedia memberi setiap sokongan dan bantuan kepada keluarga Sabrina.

“Untuk keluarga ini kita berikan tumpuan khusus daripada segi sokongan psikososial dan kehadiran saya pada hari ini adalah untuk memastikan kesejahteraan beliau dan diberi perhatian penuh menerusi aspek pentadbiran kementerian.

“Saya mengucapkam takziah kepada keluarga ini dan mengharapkan keadilan sepenuhnya untuk mereka,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post PEMBEKAL SAYUR DIDAKWA CEDERAKAN LELAKI DENGAN PISAU PEMOTONG
Next post GADIS MISKIN HARTA, TAPI KAYA ILMU
Ubah saiz-+=