Sorting by

×

Guru JAIM wajib guna aplikasi Telegram MyMelaka News

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KOTA LAKSAMANA 22 Mei – Semua guru-guru di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diwajibkan menggunakan aplikasi Telegram MyMelaka News bagi mendapatkan maklumat sahih berhubung hal ehwal semasa negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia sebagai memastikan semua para guru dan pendidik mengikuti perkembangan teknologi dan arus semasa.

Malah ujarnya, para guru turut diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat dan cadangan bagi memperkasa penggunaan aplikasi berkenaan.

“Di samping itu, landskap pendidikan juga mengalami transformasi pesat dengan kemunculan teknologi. Saya menyeru agar seluruh warga pendidik komited dan mengorak langkah lebih proaktif demi memastikan kefasihan murid dalam kemahiran teknologi.

“Bagi memastikan hasrat ini tercapai, guru memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif ini. Kecekapan guru menggunakan teknologi bagi memastikan proses pengajaran berkesan adalah penting.

“Justeru, guru-guru juga perlu lebih kehadapan dan celik digital untuk memantau perkembangan anak murid dalam sistem e-pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru JAIM Peringkat Negeri Melaka diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Pengarah JAIM, Datuk Badaruddin Mohd Kassim serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

219
Kongsi :
Previous post Kerajaan laksana penyasaran subsidi diesel libatkan pengguna di Semenanjung – PM
Next post Keris tinggalan Hang Tuah simpan 1,001 cerita
Ubah saiz-+=